Sunday 30 March 2014

AKU BENAR2 MAKSUDKANNYA


Assalamualikum......
   Ikhlas dariku,hari ni aku mahu meminta maaf pada semua yang mengenali aku,adik2,sepupu2,saudara2ku,kawan2 ku dan semua yang mengenali aku.Bila difikir balik,aku banyak sangat membuat silap baik dari kata-kataku,sikapku dan sebagainya.Terkadang aku sedar juga dan kadang2 xsedar semua tu, aku selalu  fikir apa yang aku buat 2 xsalah sngt dan apa yang aku buat adalah betul. Bila ada masalah timbul,aku selalu jea salahkan orang lain, dan ase sedih bila disalahkan.Tapi itulah hakikatnya.aku yang salah tapi aku jea yang rasa diriku betul. Bila teringat kata2 yang berbunyi " kita adalah bukan sepertimana kita anggap kita adalah kita,tetapi kita adalah sebagaimana orang lain fikir kita adalah kita".Bila selalu muhasabah diri begitu,aku sedar,selama ni aku yang banyak silap.Silap bila aku selalu teringat akan kebaikan aku,aku fikir aku banyak buat baik jadi aku baik sehingga aku lupa kesalah aku.Bila aku menyakiti hati orang tidak pula aku engat tapi bila orang buat jahat padaku,baru aku nampak.Terlalu banyak silap aku,aku minta maaf sangat2.Aku berjanji,aku akan try ubah diri aku.

      Dalam soal persahabatan,aku banyak masalah,aku sering mengeluh coz xada kawan yang faham aku,bagiku semua orang pentingkan diri sendiri.padahal ada jea yang baik,tetapi itulah hakikat tentang kawan.Kita kena pandai2 berkawan,jika kita ikhlas,inshaallah allah akan hadirkan kawan yang baik untuk kita.Selain itu kita kena juga selalu ingat yang ada istilah "kawan makan kawan". Bagi aku dalam kita berkawan jangan sampai kita termakan budi kawan nanti kita jadi terikat dengannya.Bagi kawan2ku,ayuhlah berkawan dengan ikhlas,xda guna pentingkan diri sendiri,kita tolong2lah sesama kita,xrugi pun,disana allah akan berikan banyak ganjaran pada kita meski bukan di dunia.Kita mestilah mulakan dengan diri kita terlebih dahulu,jangan tunggu orang jea yang faham kita,inshaallah mahabbah antara kita akan dapat keredhaan darinya.aaaamiiinn.....

Saturday 23 November 2013

HARGAILAH IBUBAPA KITA(^_^)

Assalamualaikum....sedikit pesanan untuk dikongsi bersama, sebagai peringatan buat diri sendiri juga.

Ma ayah selalu jea membebel kan? kadang-kadang ase geram juga. Asyik2 cakap benda sama jea. Bosan mendegarnya. Walaupun sikap mereka begitu, boleh ke kita memberontak terhadap mereka kerana ase tidak puas hati?

Jawapannya tetap tidak boleh. Berdosa hukumnya...

INGATLAH jika seseorang anak terluka hatinya, maka perasaan itu tidak menghalang ibunya daripada masuk ke Syurga, akan tetapi jika ibu yang terluka hatinya, pasti perasaan itu akan mengheret anaknya masuk ke dalam neraka.......

Ada yang rasa x adil ke? da adil la.... hal ini kerana pengorbanan ibubapa pada anak2 terlalu besar dan x terbalas dengan jutaan wang sekalipun... Sungguh jika ibu ayah membebel atau marah kat kite, ada lah tu salah kita. Try check balik, jangan cepat memberontak. Mereka sanggup bersusah payah mengandungkan dan membesarkan kite, DIORANG mesti sayang kite. Dalam apa jua keadaan sekalipun, fikirlah perasaan mereka dahulu... Inshaallah redha allah juga bersama dengan kite....