|
~selamanya kita bersahabat~
|
Tautan ukhwah dan rasa kasih
sayang ada dalam diri seseorang disebabkan rasa keimanan kepada Allah juga adalah disebabkan
kepercayaan dan rasa ketundukan kita kepada Allah.Keimanan
ialah rasa kepercayaan kepada Allah dan dengan kepercayaan yang kuat bahawa dia
wujud dan kita berkasih sayang dan marah adalah keranaNya.
Ukhuwwah,satu ungkapan yang amat dirindui bagi pendambanya.Namun sejauh mana kita faham konsep ukhuwwah itu?Ukhuwwah amatlah indah jika benar2 kerana Allah...peliharalah ukhuwwah seperti mana kamu menjaga dirimu,jaganlah kau cemari uhwah itu dengan perbohongan.Buatlah yang terbaik dalam berukhuwwah kerana manisnnya sendiri kamu boleh rasai..Pengorbanan juga adalah satu cara menjaga ukhuwah,susah senang bersama.Sanggup berkorban mengutamakan kepentingan kawan padahal hakikatnya kita lebih memerlukan.
~seseorang kawan yang berukhuwwah kerana allah tidak mungkin sanggup menghianati kawannya sekalipun dia dalam keaadan terdesak,bahkan sanggup mengadaikan kepentingan dirinya demi keselamatan kawannya.~
by:ria adawiyah
No comments:
Post a Comment