Saturday 27 April 2013

Tarbiyah diri


kita bukanlah manusia yang sempurna seperti malaikat.Kita juga bukan makhluk yang bersifat maksum.Sekuat mana pun iman kita,pasti kita pernah melakukan kesilapan.Oleh itu janganlah kita menjadikan itu alasan untuk kita melakukan dosa.Apabila kita sedar kita melakukan dosa,hendaklah kita segera bertaubat.Allah pasti menerima taubat hamba yang benar-benar ikhlas dengan taubatnya. 

Sesungguhnya allah maha mengetahui.Kadang-kadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan itu berdosa.Kerana itulah,kita hendaklah sentiasa mencari ilmu agama dan sentiasalah bermuhasabah diri.Dengan itu kita dapat mentarbiyyah diri kita supaya bencikan kejahatan dan istiqamah dalam melakukan ibadat kepada allah.Sesungguhnya iman itu manis jika anda merasainya.

CINTA ALLAH CINTA HAKIKI

No comments: