Monday 1 April 2013

Hayatilah Solat..

         Assalamualaikum,syukur pada allah hari ini kita masih lagi bernafas dan masih diberi peluang untuk membetulkan diri didunia ini.Sebelum itu,saya mahu mahu kongsikan apa yang saya dapat pada hari ini.
      Sebentar tadi,ketika saya dan kawan2 mahu keluar dari bilik kuliah,saya ada mendengar tazkirah dari seorang sahabat,yang mana tazkirahnya sampai dan terkesan dihati.Segala persoalannya kena pada keaadaan kita sekarang ini yang mana ada umat hanya melakukan solat untuk memenuhi tuntutan allah semata2.
       
Maksudnya kita menunaikan solat hanya kerana semua orang solat dan itu kewajipan kita.5 minit kita menunaikan solat untuk membuktikan ketakwaan kita pada allah,tetapi selepas itu apakah yang kita buat???Selesai sahaja solat,kita menghina saudara-mara,kita sombong,kita bangga dengan kemewahan yang ada dan sebagainya.Apakah kita sedar apa yang kita lakukan selama ini?
        Pesanan saya buat diri saya dan kawan2,jom kita muhasabah diri kita apakah selama ini kita seperti itu?? kita menunaikan solat tetapi tiada apa2 yang terkesan dari solat itu.Semoga selepas ini kita menjaga diri kita dan manfaatkan waktu yang ada dengan menambahkan keimanan kita.Akhlak kita sebagai muslim hendaklah dijaga.Berbuat baik sesama umat,berkasih sayang dan menjaga diri dari melakukan dosa.
      Awasi sikap kita,kita semua sama didunia ini,yang membezakan kita adalah akhlak dan keimanan kita pada allah.Itu sahaja.......
Ingatlah,kita bukan sahaja perlu menjaga hubungan kita dengan allah,kita juga perlu menjaga hubungan kita sesama manusia dan makhlukNya...

No comments: